-->

Art.com

My diary..


Tuesday, 27 November 2012

Inspirasi

Dari seorang kanak-kanak jalanan yang nakal hingga ke menara gading 
seterusnya menjawat jawatan tertinggi dalam pengurusan sebuah 
universiti tersohor, itulah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA,
 YBhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc. Beliau telah 
ditakdirkan Allah S.W.T. untuk berjaya. Daripada seorang insan kerdil,
 yang dahulunya hidup dalam serba kepayahan dan terpaksa mengharungi

 pelbagai liku kesempitan kehidupan, kini beliau telah menjadi 

bukti dalam lipatan sejarah kerana berjaya meraih satu pencapaian
yang tertinggi dalam sebuah institusi pengajian tinggi. 

Pencapaian tertinggi ini bukan sahaja untuk dirinya dan keluarganya malahan

ia kejayaan dan kebanggaan untuk seluruh masyarakat umum dan warga
UiTM khususnya.


Beliau berpegang kepada falsafah iaitu obstacles are power generators 
bermaksud “Cabaran adalah penjana kuasa.” 
Sepanjang pengalaman yang lalu beliau sentiasa diuji dan dicabar serta 
berdepan dengan pelbagai halangan. Namun segala ujian 
dan kesukaran itu mampu ditangani dengan baik. 
Beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan mempertahankan apa 
yang beliau percaya. Sikapnya yang tegas dan 
berdedikasi telah meletakkan UiTM sebagai sebuah universiti unggul 
bertaraf dunia.

Di antara sumbangannya yang besar ialah mencetuskan idea inovasi dan 
seterusnya mewujudkan peluang baru dalam program Mengubah Destini 
Anak Bangsa (MDAB). Kejayaan program ini yang telah memberi peluang 
pendidikan percuma kepada golongan miskin dan luar bandar dari kalangan 
masyarakat Bumiputra adalah sesuatu yang memberangsangkan.

Sekiranya ibu Dato’ Sri masih ada, beliau pasti akan berbangga dengan 
pencapaian anaknya kini. Mengimbas kembali zaman 
kanak-kanaknya, banyak pesanan ibu yang membimbingnya hingga kini 
terutama ketika peristiwa dia dipukul hingga berdarah bibirnya. Ibunya 
menjerit dalam dialek Pulau Pinang siapakah yang mencederakannya? Dan 
jika beliau tidak bersalah, beliau mesti bangun melawan 
kembali demi untuk mendapatkan hak kebenarannya. Dengan pengalaman 
sebagai ibu yang gigih membesarkan sembilan orang anak-anak, pastinya 
ibunya tidak akan membiarkan anak sulungnya asing dari undang-undang 
kehidupan yang mencabar di luar. Padanya dalam reality hidup ini hanya 
yang berjiwa kental akan berjaya.

Berbekalkan semangat waja ibunya yang sangat dikasihi, Dato’ Sri 
terpaksa menghabiskan usia mudanya bekerja keras di 
jalanan untuk menyara kehidupan diri dan keluarganya. Namun 
pengalaman itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ia menjadi 
batu loncatan untuknya sebagai street smart kid (kanak-kanak jalanan 
yang bijak) untuk beliau mempelajari, mengetahui dan mengurus 
kehidupan dengan lebih baik. Pengalaman sebagai pemandu pelancong 
kepada tentera Amerika yang berkhidmat di Vietnam dan pelancong-
pelancong asing lain membawa mereka melawat tempat-tempat makan 
yang menarik, tempat bersejarah dan mengenali budaya tempatan sekitar 
Pulau Pinang, telah banyak meningkatkan kemahiran bahasa Inggerisnya.

Beliau telah berkawan dengan kanak-kanak berbangsa Cina dan telah
 mempelajari Bahasa Hokkien. Beliau juga meminati filem Hindustan dan 
sukan tinju Thai, Muay Thai. Beliau meneruskan minatnya dan berlatih
 bersungguh-sungguh hingga berjaya memenangi pertandingan tinju. Wang
 hasil dari kemenangan diserahkan kepada ibunya.

Semasa bekerja sambilan di sebuah kedai gunting rambut beliau bijak 
menggunakan masa lapang untuk membaca majalah Readers Digest. 
Secara tidak langsung memperbaiki penguasaan Bahasa Inggerisnya beliau.

Pada suatu hari, nasibnya telah berubah. Seorang lelaki Melayu yang 
menyaksikan perlawanan tinju telah memilihnya dan membantunya 
mengisi borang untuk memohon masuk ke Institut Teknologi MARA
 (ITM). Di sinilah bermulanya perubahan nasib beliau. Apabila menerima
 surat tawaran kursus Pra Diploma, ibunya tidak mempunyai apa-apa 
walaupun sebuah beg untuk pakaian. Untuk menghantarnya ke UiTM,
 ibunya terpaksa meminjam wang dan menggunakan pakaian yang 
didermakan orang. Beliau melangkah kaki ke menara gading tanpa 
menyedari inilah nasib yang telah ditentukan Allah S.W.T. Ianya menjadi
 detik bersejarah yang akhirnya mengubah destininya selama-lamanya.

Kehidupannya sebagai seorang pelajar penuh rintangan dan tidak sama 
seperti pelajar-pelajar lain. Beliau terpaksa bekerja di tapak pembinaan 
untuk menyara pengajian dan menanggung adik-adiknya. 
Akhirnya beliau gagal buat kali pertama.

Semasa pulang ke kampung dengan penuh kesedihan dalam keretapi,
 beliau telah disapa oleh seorang lelaki budiman yang lengkap berbaju 
melayu hitam dan bersongkok segak. Setelah mendengar rintihan beliau, 
lelaki melayu itu bertanya empat soalan yang memberi kesan yang 
mendalam dalam hidupnya.

Adakah kamu sembahyang?

Adakah kamu percaya kepada Tuhanmu?

Adakah kamu sayangkan ibumu?

Adakah kamu ingin membantu kanak-kanak miskin sepertimu, di masa 
hadapan?

Jawapan beliau adalah Ya kepada semua soalan yang telah diajukan.

Akhirnya keretapi sampai ke Bagan Serai. Melalui nasihat yang 
diterimanya dari lelaki budiman itu, beliau memahami semua soalan-soalan
 itu dan itu membuatnya terus bersemangat dan tidak menoleh ke 
belakang lagi. Siapa sahaja yang diajukan pertanyaan sebegini akan berfikir 
panjang untuk menghargai dan lebih memahami erti kehidupan ini.

Mengetahui kesungguhan dan masalah yang dihadapi, seorang pensyarah
 Fiziknya yang berbangsa Cina bernama Miss Tan bersetuju menawarkan
 bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajiannya. Beliau 
kemudiannya diberi peluang kedua yang istimewa, terpulang kepadanya 
menggunakan dengan sebaik mungkin.

Menurut beliau, setiap PINTU yang bertanda ‘PUSH’ merupakan satu 
peluang, ia adalah pintu kepada segala kejayaan. Jika anda tidak 
membukanya bermakna anda tidak membuat apa-apa untuk diri anda.

Dalam kalangan pelajar universiti hari ini, beliau seorang yang mesra pelajar
 dan dikenali sebagai ayahanda di laman sosialnya yang mencecah 
hampir 100,000 orang rakan Facebook. Beliau sebenarnya seorang yang 
mudah didekati oleh golongan pelajar. Beliau sedia menerima idea baru
 dan seorang pendengar yang baik kepada semua masalah yang dihadapi 
pelajar.

Dalam usianya ini, beliau amat aktif dan kekal bersemangat. Beliau juga 
amat bertuah kerana mempunyai isteri yang penyayang iaitu Prof. Datin 
Sri Dr. Hanizah Abdul Hamid, pensyarah fakulti kejuruteraan awam UiTM. 
Mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Selain mempunyai PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University 
Sussex, United Kingdom, beliau turut memiliki dua sarjana serentak dalam 
Kejuruteraan Awam dan Ekonomi dari Colorado State University di 
Amerika Syarikat. Pada tahun 2011, Universiti Stuttgart, Jerman telah 
menganugerahkan beliau Ijazah Doktor Kehormat.

“Destini telah mendorong saya ke jalan yang betul.......selebihnya saya 
berusaha sedaya mungkin untuk mencorakkan masa depan saya.”

Sebagai tokoh ternama yang berjawatan tinggi, beliau tidak terkecuali
 untuk berdepan dengan pelbagai pihak. Beliau tetap bertahan dan berpegang 
kepada prinsip yang betul. Ini adalah kesan pengalaman hidupnya yang telah 
lama berjuang di gelanggang kehidupan yang mencabar sebelum 
ini. Beliau turut memberi nasihat berpandukan prinsip Muay Thai yang 
diminatinya bahawa seseorangpejuang itu tidak akan berundur dari sesebuah 
gelanggang sehinggalah tamat perlawanan.

Beliau juga percaya golongan muda hari ini perlu mendengar dan menerima 
nasihat yang baik dengan pendekatan yang betul, disamping mengamalkan
 teknik pemikiran yang strategik. Hakikatnya terdapat banyak kritikan
 dan pertembungan pendapat dalam kerjayanya namun segalanya 
ditempuh dengan semangat juangnya yang kental dan tidak mengenal erti kalah.

Sumber : THE STAR 18 Nov 2012
Posted by Art at 23:20
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

GPS

GPS

my classmates

my classmates

Tunggu mthari terbit..

Tunggu mthari terbit..

me + syasya

me + syasya

Geosport

Geosport

About Me

My photo
Art
UiTM Seri Iskandar
View my complete profile

All is about me..:p

SMT Klang (Civil)
SMT Sepang (Civil)
SMK Shahbandaraya,Klang
SK Taman Klang Jaya

Followers

Sila klik sini !

get this widget
Heart Chat Bubble

I luv Geomass 4 ever..

I luv Geomass 4 ever..

Total Pageviews



Watermark theme. Powered by Blogger.