-->

Art.com

My diary..


Friday, 6 December 2013

Praktikal wehh

Alhamdulillah hmpir nak masuk 2 bulan ak praktikal kat company ni dan semuanya brjalan 
dengan lancar.
  
Mula2 memang segan nak tegur dgn smua staf kat bhagian mapping,at last semuanya okay,
n dapat masuk ngan dorang..hahahaha


#pinjam gambar dr azrul jap..hahaha


Ni pulak suasana kat ofis..yg kat depan ak tu kak shaz,our senior dri uitm perak gak..
Die sama batch ngan big n lain2...yg sebelah tu our legend senior,harith..heee
Internet kat ofis ni best,lagu,die guna 5G,tp sayangnya die block fb,twitter,yahoo.
Yahoo pun bole bukak page depan je, bile tekan je sign in xbole dah..ape bole buatt

Yang bestnya kat ofis ni, time tgh buat keje bole dgr lagu, tp kna pkai earphone lah.
Tapi kat sini time ofis hours memang xbole nak bukak internet yg tak melibatkan 
keje masing2.

Nak main henpon selalu pun xbole, abis kena aim ngan mapping manager nnti..matiii

Kat MapIT ada bberapa department , mapping, field , R&D,programming n lain2.
Mapping depart. dengan programming duk sebelah2 je, memang tiap2 hari duk dengar
dorang programkn software company tu...aishh

Dlm mapping department pulak, ade pecahan lagi, ade road, Point-of-interest (POI) , navigation,  addressing..

Ak ngan yen kena buat road, kat sini kitorang kena digitize, masukkan attribute contohnya nama jalan, poskod, area name, negeri, mukim, daerah, speed limit jalan n bnyak lagi lah. Bile dah siap kena
buat checking, cek sama ada yg kita line yg kita dh digitize tu dah snap ke belum, setiap simpang, selekoh kena buat break line, make sure semua attribute dah diisi, takde line id yg brtindih. Line id ni
penting gak, sbb bile keje road dah siap, pastu bhagian nak buat navigation pulak.

Faiz ngan hafizh pulak buat POI, keje dorang kena buat allocate.. Haritu ak nampak si Faiz tgh buat
POI untk giant, kirenye die kna allocate giant yg ada kat malaysia ni..lebih kurang mcm tu lah..hehe

Lastly Azrul ngan Harith dorang bhagian field..the best job forever..hahaha..mostly job dorang duk
dlm kereta aje, dorang naik kreta mapit yg lengkap ngan camera kat dashboard, gps track..
Dorang akan dpt satu map jln mane dorang kena track, then turun site, n lalu lah kat jalan tu.
Gps track tu akan di 'on' kan..hasil gps track tu lah bhagian road akan buat untuk di 'digitize' kan.

In shaa Allah ada lagi lebih kurang 2 bulan harus ditempuhi...lepas ni konpem akan merindui 
company ni..lagi2 pc kesayangan ak tu..hahaha

Selamat b'praktikal kengkawan semua.. :D



Posted by Art at 19:15 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 30 July 2013

Waiting for hari raya day

It seems a long long time, me is not spending my time with this lovely blogg...i'm
sosorry dear, im too busy..:D

HAHAHAHA...cakap bahasa melayu la pulak... dh hmpir sebulan kita berpuasa
dan tibanya pula masa untuk kita beraya...alhamdulillah..(:
Tiket untuk pulang berhari raya pun sudah dibeli (actually d'tunda dri waktu asal),
ak,ecah,nanie dan fieza satu train menuju ke KL.

                                      

Today,30/7 demam,sakit tekak dh mula menyerang...rase rindu sgt2 kt klang...
lame dh x balik rumah...aishhh...hahahaha.
Rindu opah, sepupu2 trsyang...xsbar nak jumpe korang niii...:D

Sampai ni je kot,ak xtau nak tulis ape dh ni...hahaha

SELAMAT HARI RAYA !! Hati2 di jalan raya...:)

Posted by Art at 08:19 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 27 November 2012

Inspirasi

Dari seorang kanak-kanak jalanan yang nakal hingga ke menara gading 
seterusnya menjawat jawatan tertinggi dalam pengurusan sebuah 
universiti tersohor, itulah Naib Canselor Universiti Teknologi MARA,
 YBhg. Dato’ Sri Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar, FASc. Beliau telah 
ditakdirkan Allah S.W.T. untuk berjaya. Daripada seorang insan kerdil,
 yang dahulunya hidup dalam serba kepayahan dan terpaksa mengharungi

 pelbagai liku kesempitan kehidupan, kini beliau telah menjadi 

bukti dalam lipatan sejarah kerana berjaya meraih satu pencapaian
yang tertinggi dalam sebuah institusi pengajian tinggi. 

Pencapaian tertinggi ini bukan sahaja untuk dirinya dan keluarganya malahan

ia kejayaan dan kebanggaan untuk seluruh masyarakat umum dan warga
UiTM khususnya.


Beliau berpegang kepada falsafah iaitu obstacles are power generators 
bermaksud “Cabaran adalah penjana kuasa.” 
Sepanjang pengalaman yang lalu beliau sentiasa diuji dan dicabar serta 
berdepan dengan pelbagai halangan. Namun segala ujian 
dan kesukaran itu mampu ditangani dengan baik. 
Beliau seorang yang berpegang kepada prinsip dan mempertahankan apa 
yang beliau percaya. Sikapnya yang tegas dan 
berdedikasi telah meletakkan UiTM sebagai sebuah universiti unggul 
bertaraf dunia.

Di antara sumbangannya yang besar ialah mencetuskan idea inovasi dan 
seterusnya mewujudkan peluang baru dalam program Mengubah Destini 
Anak Bangsa (MDAB). Kejayaan program ini yang telah memberi peluang 
pendidikan percuma kepada golongan miskin dan luar bandar dari kalangan 
masyarakat Bumiputra adalah sesuatu yang memberangsangkan.

Sekiranya ibu Dato’ Sri masih ada, beliau pasti akan berbangga dengan 
pencapaian anaknya kini. Mengimbas kembali zaman 
kanak-kanaknya, banyak pesanan ibu yang membimbingnya hingga kini 
terutama ketika peristiwa dia dipukul hingga berdarah bibirnya. Ibunya 
menjerit dalam dialek Pulau Pinang siapakah yang mencederakannya? Dan 
jika beliau tidak bersalah, beliau mesti bangun melawan 
kembali demi untuk mendapatkan hak kebenarannya. Dengan pengalaman 
sebagai ibu yang gigih membesarkan sembilan orang anak-anak, pastinya 
ibunya tidak akan membiarkan anak sulungnya asing dari undang-undang 
kehidupan yang mencabar di luar. Padanya dalam reality hidup ini hanya 
yang berjiwa kental akan berjaya.

Berbekalkan semangat waja ibunya yang sangat dikasihi, Dato’ Sri 
terpaksa menghabiskan usia mudanya bekerja keras di 
jalanan untuk menyara kehidupan diri dan keluarganya. Namun 
pengalaman itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ia menjadi 
batu loncatan untuknya sebagai street smart kid (kanak-kanak jalanan 
yang bijak) untuk beliau mempelajari, mengetahui dan mengurus 
kehidupan dengan lebih baik. Pengalaman sebagai pemandu pelancong 
kepada tentera Amerika yang berkhidmat di Vietnam dan pelancong-
pelancong asing lain membawa mereka melawat tempat-tempat makan 
yang menarik, tempat bersejarah dan mengenali budaya tempatan sekitar 
Pulau Pinang, telah banyak meningkatkan kemahiran bahasa Inggerisnya.

Beliau telah berkawan dengan kanak-kanak berbangsa Cina dan telah
 mempelajari Bahasa Hokkien. Beliau juga meminati filem Hindustan dan 
sukan tinju Thai, Muay Thai. Beliau meneruskan minatnya dan berlatih
 bersungguh-sungguh hingga berjaya memenangi pertandingan tinju. Wang
 hasil dari kemenangan diserahkan kepada ibunya.

Semasa bekerja sambilan di sebuah kedai gunting rambut beliau bijak 
menggunakan masa lapang untuk membaca majalah Readers Digest. 
Secara tidak langsung memperbaiki penguasaan Bahasa Inggerisnya beliau.

Pada suatu hari, nasibnya telah berubah. Seorang lelaki Melayu yang 
menyaksikan perlawanan tinju telah memilihnya dan membantunya 
mengisi borang untuk memohon masuk ke Institut Teknologi MARA
 (ITM). Di sinilah bermulanya perubahan nasib beliau. Apabila menerima
 surat tawaran kursus Pra Diploma, ibunya tidak mempunyai apa-apa 
walaupun sebuah beg untuk pakaian. Untuk menghantarnya ke UiTM,
 ibunya terpaksa meminjam wang dan menggunakan pakaian yang 
didermakan orang. Beliau melangkah kaki ke menara gading tanpa 
menyedari inilah nasib yang telah ditentukan Allah S.W.T. Ianya menjadi
 detik bersejarah yang akhirnya mengubah destininya selama-lamanya.

Kehidupannya sebagai seorang pelajar penuh rintangan dan tidak sama 
seperti pelajar-pelajar lain. Beliau terpaksa bekerja di tapak pembinaan 
untuk menyara pengajian dan menanggung adik-adiknya. 
Akhirnya beliau gagal buat kali pertama.

Semasa pulang ke kampung dengan penuh kesedihan dalam keretapi,
 beliau telah disapa oleh seorang lelaki budiman yang lengkap berbaju 
melayu hitam dan bersongkok segak. Setelah mendengar rintihan beliau, 
lelaki melayu itu bertanya empat soalan yang memberi kesan yang 
mendalam dalam hidupnya.

Adakah kamu sembahyang?

Adakah kamu percaya kepada Tuhanmu?

Adakah kamu sayangkan ibumu?

Adakah kamu ingin membantu kanak-kanak miskin sepertimu, di masa 
hadapan?

Jawapan beliau adalah Ya kepada semua soalan yang telah diajukan.

Akhirnya keretapi sampai ke Bagan Serai. Melalui nasihat yang 
diterimanya dari lelaki budiman itu, beliau memahami semua soalan-soalan
 itu dan itu membuatnya terus bersemangat dan tidak menoleh ke 
belakang lagi. Siapa sahaja yang diajukan pertanyaan sebegini akan berfikir 
panjang untuk menghargai dan lebih memahami erti kehidupan ini.

Mengetahui kesungguhan dan masalah yang dihadapi, seorang pensyarah
 Fiziknya yang berbangsa Cina bernama Miss Tan bersetuju menawarkan
 bantuan kewangan untuk beliau meneruskan pengajiannya. Beliau 
kemudiannya diberi peluang kedua yang istimewa, terpulang kepadanya 
menggunakan dengan sebaik mungkin.

Menurut beliau, setiap PINTU yang bertanda ‘PUSH’ merupakan satu 
peluang, ia adalah pintu kepada segala kejayaan. Jika anda tidak 
membukanya bermakna anda tidak membuat apa-apa untuk diri anda.

Dalam kalangan pelajar universiti hari ini, beliau seorang yang mesra pelajar
 dan dikenali sebagai ayahanda di laman sosialnya yang mencecah 
hampir 100,000 orang rakan Facebook. Beliau sebenarnya seorang yang 
mudah didekati oleh golongan pelajar. Beliau sedia menerima idea baru
 dan seorang pendengar yang baik kepada semua masalah yang dihadapi 
pelajar.

Dalam usianya ini, beliau amat aktif dan kekal bersemangat. Beliau juga 
amat bertuah kerana mempunyai isteri yang penyayang iaitu Prof. Datin 
Sri Dr. Hanizah Abdul Hamid, pensyarah fakulti kejuruteraan awam UiTM. 
Mereka dikurniakan tiga orang anak perempuan.

Selain mempunyai PhD dalam bidang Kejuruteraan Awam dari University 
Sussex, United Kingdom, beliau turut memiliki dua sarjana serentak dalam 
Kejuruteraan Awam dan Ekonomi dari Colorado State University di 
Amerika Syarikat. Pada tahun 2011, Universiti Stuttgart, Jerman telah 
menganugerahkan beliau Ijazah Doktor Kehormat.

“Destini telah mendorong saya ke jalan yang betul.......selebihnya saya 
berusaha sedaya mungkin untuk mencorakkan masa depan saya.”

Sebagai tokoh ternama yang berjawatan tinggi, beliau tidak terkecuali
 untuk berdepan dengan pelbagai pihak. Beliau tetap bertahan dan berpegang 
kepada prinsip yang betul. Ini adalah kesan pengalaman hidupnya yang telah 
lama berjuang di gelanggang kehidupan yang mencabar sebelum 
ini. Beliau turut memberi nasihat berpandukan prinsip Muay Thai yang 
diminatinya bahawa seseorangpejuang itu tidak akan berundur dari sesebuah 
gelanggang sehinggalah tamat perlawanan.

Beliau juga percaya golongan muda hari ini perlu mendengar dan menerima 
nasihat yang baik dengan pendekatan yang betul, disamping mengamalkan
 teknik pemikiran yang strategik. Hakikatnya terdapat banyak kritikan
 dan pertembungan pendapat dalam kerjayanya namun segalanya 
ditempuh dengan semangat juangnya yang kental dan tidak mengenal erti kalah.

Sumber : THE STAR 18 Nov 2012
Posted by Art at 23:20 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Thursday, 15 November 2012

Kek

Time cuti2 ini aku rajinkan diri stalk satu kedai kek kat andalas ni...kek2
yang die buat memang cantik2 belaka,,cantik n mampu menarik ramai pelanggan..
nama kedai ni choc 'n cheezz...ni alamatnya No. 15, Jln Sri Sarawak 20 B, 
Tmn. Sri Andalas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan..
kedai ni ex cikgu kat teknik klang punye,
anak die pun junior ak gak..
antara kek2 yang menarik perhatian aku adalahhh...
sila kawal air liur dalam mulut anda k...:p


Fondant cake
Rainbow cake

Red velvet
        




Fresh fruit cake 

Rainbow cake

Cupcakes

Durian crepe

                       




Posted by Art at 02:43 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 14 November 2012

Belajar ilmu DSLR secara online

Cuti semester sepanjang sebulan lebih kadangkala amat membosankan....
Tapi ak cuba cari benda baru yang boleh dipelajari malah mengisi masa lapang
di waktu cuti2 cenggini...
Salah aktiviti yang aku minat adalah kamera DSLR...kalau nak pakai
manual memang lah aku x reti,,abah pernah ajar,tapi ak x ingat..hehe
So,,ak belajar yang auto pun cukuplah...yang manual tu aku tahu sikit2 je la,
tapi aku masih boleh pakai manual lagi...
Time cuti ni aku belajar secara online dengan lebih mendalam tentang
DSLR ni...ak belajar apa tu AF,mcam mane nak fokus satu benda dan
belakang die nampak blur dan sebagainya..



Sebenarnya best sangat2 bile kita tahu macam mana nak pakai DSLR ni..
kita jugak akan mendapat kepuasan dengan gambar yang kita dah shoot,,hasilnya
cantik kan...
Walaupun kita nampak kerja2 fotografi ni nampak macam senang,,
tapi ternyata tanggapan tu salah...
actually penat nak shoot2 gambar ni,,ak berani cakap sebab pernah
melaluinya...seriously penat !! 
Tapi kalau dah minat,,insyaAllah penat tu macam xde je kan...
Walau apa pun, aku tetap akan meneruskan minat aku ni..
insyaAllah..(:


Posted by Art at 18:08 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 12 November 2012

Tautan Kaseh Ramadhan 2

Waahhh...dah lame x sambung cerita tajuk diatas...meh kita sambung balik naa..
Kali ni kita ringkaskan jalan ceritanye eh...Untuk hari ke-2,,kitorang 
mengadakan aktiviti gotong-royong dan ber'LDK pada sesi petang..

Before gotong-royong

EH...kebetulan same pulak turqoise nye




Semangat jepa angkat rumput2 tu

Mr.President manyak penat woooo

LDK



Pelakon Hilal Azman pun ade kat sini

Orang kat luar tngah b'LDK,, yang kat dalam tengah buat agar2

peace yooo





hasil adik2 






Posted by Art at 21:02 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 16 September 2012

OPKIM Anak Yatim (Tautan Kaseh Ramadhan)

Pada 20-22/Julai 2012 bersamaan hari Jumaat hingga Ahad, kami warga part
3A ,3B dan 3E telah diberi tugas untuk melaksanakan event yang
berlangsung selama 3 hari ni. Event yang telah kami terima adalah 
program Operasi Khidmat Masyarakat Anak Yatim.

Lokasi program kami ini adalah bertempat di :-


Para ajk opkim anak yatim b'kumpul untuk mendengar taklimat dari aboh dan 
ery selaku Ketua projek dan Ketua aktiviti kami...



Semua peserta brgambar sebelum bertolak ke changkat jering...



Kami dikehendaki berkumpul di Foyer FSPU main pada jam 10.00 pagi dan 
bertolak ke Bukit Gantang dalam pukul 11.30 pagi.. 






hahaha...tempat duduk terbaek !
Semua peserta / ajk bersedia untuk menaiki bas....


semua dah sedia nak bergerak.... sabar sabar...:D


Memandangkan sekarang dah nak masuk waktu solat zohor, kami singgah 
berhenti sebentar di bandar Kuala Kangsar untuk menunaikan solat
 jumaat dan solat zohor...
Firstly kami pi makan, then lepak lepak jap tepi sungai...
dari kiri bot, jepa, nazhif, shamier, x ingat name..hehe , same gak, 
en.bob, aboh n ery



waaahhh !!! tenang sungguh melihat pemandangan dari sini...(:


my besties... ain, ika n kecik...:D


setelah selesai menunaikan segala kewajipan, kami dengan langkah bismillah
mula meneruskan perjalanan kami ke Rumah Anak Yatim 



Alhamdulillah...jam 3.23 petang kami selamat sampai ke destinasi yang kami
 tuju...Semua peserta / ajk siap siap menurunkan barang masing - masing 
dari bas


sesi bersalaman dengan adik - adik angkat....


dan tibalah acara perasmian OPKIM Anak Yatim yg dirasmikan oleh
En. Muhammad Asyraf Hamdani a.k.a en.bob





minum petang...


En.bob dan isterinya...pn.anis



Mari kite ber - LDK ye adik adik... :D


hahaha..ni pula video yg menarik perhatian smua...
                                              AWAS ! aboh dan ery ni bukan gay ye...XD


maaf video senget, x bole nak adjust...XD
                                                       

banyak lagi gmbar yg x dapat di'upload' sbab kekangan masa...
klau nak bole tengok kat album kat fb eh...ni link nye..(:
https://www.facebook.com/nor.artiqah/photos_albums









Posted by Art at 01:32 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Location: Bukit Larut, 34850 Changkat Jering, Perak, Malaysia
Older Posts Home
Subscribe to: Comments (Atom)

GPS

GPS

my classmates

my classmates

Tunggu mthari terbit..

Tunggu mthari terbit..

me + syasya

me + syasya

Geosport

Geosport

About Me

My photo
Art
UiTM Seri Iskandar
View my complete profile

All is about me..:p

SMT Klang (Civil)
SMT Sepang (Civil)
SMK Shahbandaraya,Klang
SK Taman Klang Jaya

Followers

Sila klik sini !

get this widget
Heart Chat Bubble

I luv Geomass 4 ever..

I luv Geomass 4 ever..

Total Pageviews



Watermark theme. Powered by Blogger.